Kali ini,
Ku cipta bait kata hanya untukmu,
Tanpa iringan lukisan indah,
Kerana...
Kata ini dari hatiku,
Untukmu,
Yang berjiwa seperti aku.
Kita tahu beza antara noktah,
Ada berhenti,
Ada terus berlari.
Jangan hentikan,
Bila jiwa itu adalah milikmu,
Biar harta di bumi tiada,
Yang cuma ada jiwa.
Ku tahu engkau di sana,
Semalam kau inginkan aku berkarya,
Malam ini...
Pintamu aku tunaikan,
Bukan kerana diri ini,
Tapi kerana hatiku kepadamu.
Pernah ku tatap matamu,
Tanpa kau sedari,
Perlu kau tahu...
Kau.....
Jiwaku!!!
...busur-Ku, Kutaruh di awan, supaya itu menjadi tanda perjanjian antara Aku dan bumi. ~ Kejadian 9:13
Sunday, December 16, 2012
RASA SENSASI
Kalaulah ada potretmu di sini,
'kan ku paparkan sebagai tenungan,
Bila terlihat wajah manismu,
Hatiku tenang namun mahu jua bercinta.
Ku tahu cinta itu bagaimana,
Kena bermula dari sangat bawah,
Payah bertahan untuk selamanya,
Apa lagi.. semula.
Dapat ku rasakan,
Bila penat aku ke rumah,
Lihat wajahmu,
Hatiku riang gembira,
Tambah lagi disambut tawa,
Meriah rasa sungguh sensasi.
Ingin selalu kau dekat denganku,
Wajah indah,
Mudah sungguh bersahaja,
Aku jatuh cinta..
Ingin hidup berdua.
'kan ku paparkan sebagai tenungan,
Bila terlihat wajah manismu,
Hatiku tenang namun mahu jua bercinta.
Ku tahu cinta itu bagaimana,
Kena bermula dari sangat bawah,
Payah bertahan untuk selamanya,
Apa lagi.. semula.
Dapat ku rasakan,
Bila penat aku ke rumah,
Lihat wajahmu,
Hatiku riang gembira,
Tambah lagi disambut tawa,
Meriah rasa sungguh sensasi.
Ingin selalu kau dekat denganku,
Wajah indah,
Mudah sungguh bersahaja,
Aku jatuh cinta..
Ingin hidup berdua.
TANPAMU
Jika pernah kau lalui hari yang kosong,
Itulah hari yang sedang aku lalui,
Sehingga senja tadi ku lipat helaian biasa,
Jadi perahu,
Untuk meneman diriku ini.
Ku layarkan dari tebing pasir,
Beralun sepoi ditiup sang bayu,
Kembali ke pinggiran tidak tahu tujuan,
Macam aku...
Di senja ini.
Ku capai semula,
Dan ku tuliskan isi di hati ini,
Aku di sini.....
Tanpamu.
Ke kiri tak jadi,
Kanan berkali-kali,
Depan tak juga jadi,
Belakang ku ingat memori sendiri,
Sendiri... tiada dirimu.
Itulah hari yang sedang aku lalui,
Sehingga senja tadi ku lipat helaian biasa,
Jadi perahu,
Untuk meneman diriku ini.
Ku layarkan dari tebing pasir,
Beralun sepoi ditiup sang bayu,
Kembali ke pinggiran tidak tahu tujuan,
Macam aku...
Di senja ini.
Ku capai semula,
Dan ku tuliskan isi di hati ini,
Aku di sini.....
Tanpamu.
Ke kiri tak jadi,
Kanan berkali-kali,
Depan tak juga jadi,
Belakang ku ingat memori sendiri,
Sendiri... tiada dirimu.
GELORA DI JIWA
Seharian aku bertenang,
Ku cari damai di puncak gunung,
Turun..
Belum turun.
Ku lalu di jalan yang sepi,
Ku dambakan suasana begitu,
Desiran..
Berkicau di telinga ini.
Ku telan lautan dalam,
Dengan harapan segala tenang,
Ombak..
Tetap bergoyang,
Dalam ikan terus berenang.
Masuk ke malam purnama,
Ingin mimpi peristiwa semalam,
Lain..
Mimpi bagai di siang hari.
Gelora di jiwa,
Masih belum tenang,
Selagi..
Engkau tidak ku cumbu.
Ku cari damai di puncak gunung,
Turun..
Belum turun.
Ku lalu di jalan yang sepi,
Ku dambakan suasana begitu,
Desiran..
Berkicau di telinga ini.
Ku telan lautan dalam,
Dengan harapan segala tenang,
Ombak..
Tetap bergoyang,
Dalam ikan terus berenang.
Masuk ke malam purnama,
Ingin mimpi peristiwa semalam,
Lain..
Mimpi bagai di siang hari.
Gelora di jiwa,
Masih belum tenang,
Selagi..
Engkau tidak ku cumbu.
Saturday, December 15, 2012
RENUNG MATAKU
Ku henti keretaku,
Di ruang kuning untuk melihat engkau,
Hendak diri renung matamu,
Namun tak sanggup...
Kerana bila saja bertentang,
Hatiku penuh getaran,
Segala kata yang sungguh memanja,
Tidak meluah dari hatiku.
Segala terhenti...
Di saat mata kita bertentangan,
Aku tahu,
Maksud keadaan ini..
Aku tahu,
Ini yang buat dunia jadi sengsara.
Bila bibir ini tidak lagi berkata,
Ku tahu hanya syadu mampu menempuh,
Ku sentuh dirimu.....
Dengan peluk yang padu,
Hingga kini ada rasa itu.
Adakah kau tahu...
Masihkah hangat itu dalam hatimu,
Bukan kerana nafsu,
Kerana sayang aku ke padamu,
Telah ku katakan untuk selamanya,
Selamanya akan ku tunggu,
Untuk renung matamu dan kau renung mataku.
Di ruang kuning untuk melihat engkau,
Hendak diri renung matamu,
Namun tak sanggup...
Kerana bila saja bertentang,
Hatiku penuh getaran,
Segala kata yang sungguh memanja,
Tidak meluah dari hatiku.
Segala terhenti...
Di saat mata kita bertentangan,
Aku tahu,
Maksud keadaan ini..
Aku tahu,
Ini yang buat dunia jadi sengsara.
Bila bibir ini tidak lagi berkata,
Ku tahu hanya syadu mampu menempuh,
Ku sentuh dirimu.....
Dengan peluk yang padu,
Hingga kini ada rasa itu.
Adakah kau tahu...Masihkah hangat itu dalam hatimu,
Bukan kerana nafsu,
Kerana sayang aku ke padamu,
Telah ku katakan untuk selamanya,
Selamanya akan ku tunggu,
Untuk renung matamu dan kau renung mataku.
Friday, December 14, 2012
BUSANA BUNGA
Kuntum indah di antara mata,
Warna indah malaikat gembira,
Segar mata hati terasa,
Seperti rinduku kini padamu.
Oh cintahati dan kasih diriku,
Termenung kenapa beri ku tahu,
Kalau ada silap kataku,
Maafkan aku,
Ini bunga untukmu.
Mawar merah jadi biasa,
Ku petik bintang dari tingkat satu,
Ku harap hangatnya engkau terima,
Oh cintaku...
Di busana bunga.
Ceriakan dirimu agar aku turut terhibur,
Kerana tawamu,
Itu yang buat hatiku tersentuh,
Sayang,
Sayang... kamu,
Itu kau harus tahu.
Warna indah malaikat gembira,
Segar mata hati terasa,
Seperti rinduku kini padamu.
Oh cintahati dan kasih diriku,
Termenung kenapa beri ku tahu,
Kalau ada silap kataku,
Maafkan aku,
Ini bunga untukmu.
Mawar merah jadi biasa,
Ku petik bintang dari tingkat satu,
Ku harap hangatnya engkau terima,
Oh cintaku...
Di busana bunga.
Ceriakan dirimu agar aku turut terhibur,
Kerana tawamu,
Itu yang buat hatiku tersentuh,
Sayang,
Sayang... kamu,
Itu kau harus tahu.
Thursday, December 13, 2012
KOLEKSI BUKU HATI
Mari...
Masuk ke bilik ini,
Dalamnya ada hatiku,
Dalamnya ada kata citraku.
Lihat di sudut sana,
Itu untukmu,
Ku susun kata mengikut masa,
Semakin lama semakin membiru,
Hanya kamu,
Setiap katamu mengetuk pintu ilhamku.
Setiap mimpimu ku ulas dalam bait kataku,
Setiap helai rambutmu jadi baris dalam ayatku,
Setiap kelipan matamu,
Jadi koma dalam buku cinta itu,
Setiap langkahmu dibilang tebal kertasku,
Setiap hembus nafasmu,
Buat puisi ini bernyawa..
Jalan ke syurga harum keranamu.
Hatiku tertulis...
Dalam koleksi buku hati yang biru.
Masuk ke bilik ini,
Dalamnya ada hatiku,
Dalamnya ada kata citraku.
Lihat di sudut sana,
Itu untukmu,
Ku susun kata mengikut masa,
Semakin lama semakin membiru,
Hanya kamu,
Setiap katamu mengetuk pintu ilhamku.
Setiap mimpimu ku ulas dalam bait kataku,
Setiap helai rambutmu jadi baris dalam ayatku,
Setiap kelipan matamu,
Jadi koma dalam buku cinta itu,
Setiap langkahmu dibilang tebal kertasku,
Setiap hembus nafasmu,
Buat puisi ini bernyawa..
Jalan ke syurga harum keranamu.
Hatiku tertulis...
Dalam koleksi buku hati yang biru.
Wednesday, December 12, 2012
TIDAK TERKATA
Perahu kecil berlabuh petang,
Dari semalam bersauh di lautan,
Meniti hari hidup pembilang,
Disambut senyum buat lelaki kenang.
Dalam putaran hidup yang senang,
Ada hari hidup sungguh bertaburan,
Di sana pinang,
Sini dedaun sirih,
Bersatu jua namun dibuang sayang.
Ada ingin aku katakan,
Namun ku tahu ia buatmu muntah,
Kerana sudah berkali ku bilang,
Senang berkata digenggam berzaman.
Tidak terkata...
Ku sampaikan dari cahaya,
Bila terbit nanti,
Kau tahu,
Aku sentiasa mahu bersandiwara.
Dari semalam bersauh di lautan,
Meniti hari hidup pembilang,
Disambut senyum buat lelaki kenang.
Dalam putaran hidup yang senang,
Ada hari hidup sungguh bertaburan,
Di sana pinang,
Sini dedaun sirih,
Bersatu jua namun dibuang sayang.
Ada ingin aku katakan,
Namun ku tahu ia buatmu muntah,
Kerana sudah berkali ku bilang,
Senang berkata digenggam berzaman.
Tidak terkata...
Ku sampaikan dari cahaya,
Bila terbit nanti,
Kau tahu,
Aku sentiasa mahu bersandiwara.
Tuesday, December 11, 2012
PUISI TIGA MALAM
Jika nyata...
Yang dijangka akan tiba,
Tiga hari tanpa cahaya.
Hendak dibuat apa lagi,
Cintaku yang mekar,
Akan terus bersinar,
Dalam gelap malam setiap hari.
Tiga hari tanpa cahaya,
Ku penuhi malam dengan sinar kataku,
Untuk ku persembahkan,
Kepada empunya malam.
Tiga hari tanpa cinta,
Lebih suram hati pedih tiada ruang.
Ku terus lakukan..
Detik yang mungkin berakhir,
Kita bersama,
Menyaksikan alam berubah malam,
Dengan senyuman,
Telah baca...
Puisi tiga malam.
Siang penuh pendusta,
Malam.. bukankah penuh ketenangan.
Ada ultraman lagi!!! ^_^
Yang dijangka akan tiba,
Tiga hari tanpa cahaya.
Hendak dibuat apa lagi,
Cintaku yang mekar,
Akan terus bersinar,
Dalam gelap malam setiap hari.
Tiga hari tanpa cahaya,
Ku penuhi malam dengan sinar kataku,
Untuk ku persembahkan,
Kepada empunya malam.
Tiga hari tanpa cinta,
Lebih suram hati pedih tiada ruang.
Ku terus lakukan..
Detik yang mungkin berakhir,
Kita bersama,
Menyaksikan alam berubah malam,
Dengan senyuman,
Telah baca...
Puisi tiga malam.
Siang penuh pendusta,
Malam.. bukankah penuh ketenangan.
Ada ultraman lagi!!! ^_^
Monday, December 10, 2012
MATA MEMANDANG
Tadi ku lihat berdua memancing,
Selisih gurau penat lelah menunggu,
Ikan tak memakan umpan,
Peti ais ku buka,
Meneguk secawan untukmu.
Kelu lidah..
Tidak tahu hendak dibual apa,
Ku beranikan diri tanya khabar kampungmu,
Adakah ibu sihat menyapu,
Masihkah ayah ke sawah bertani.
Terjawab satu persatu,
Ku tunggu tanda tanya darimu,
Sambil memandang jauh ke turus benua,
Ku hunus joran,
Ku semat dekat denganku.
Dibuai ombak,
Tiba-tiba disamun sang lanun,
Tinggal diri,
Yang lain dibawa pergi,
Ketawa..
Begini mungkin hari ini,
Ada hari untuk setiap hati.
Tenang mata memandang..
Walau beribu beban di bahu ini,
Sekali sahaja ku lihat dirimu,
Hatiku rasa senang,
Ringan seringan senyummu sayang,
Selalulah ada di dalam hidupku,
Kerana bila dahan ku hampir patah,
Hanya pandang matamu,
Ku tahu mata itu turut memandang,
Seperti biasa..
Dari mata turun.. ke hati.
Dari hati ingin setubuh denganmu.
Selisih gurau penat lelah menunggu,
Ikan tak memakan umpan,
Peti ais ku buka,
Meneguk secawan untukmu.
Kelu lidah..
Tidak tahu hendak dibual apa,
Ku beranikan diri tanya khabar kampungmu,
Adakah ibu sihat menyapu,
Masihkah ayah ke sawah bertani.
Terjawab satu persatu,
Ku tunggu tanda tanya darimu,
Sambil memandang jauh ke turus benua,
Ku hunus joran,
Ku semat dekat denganku.
Dibuai ombak,
Tiba-tiba disamun sang lanun,
Tinggal diri,
Yang lain dibawa pergi,
Ketawa..
Begini mungkin hari ini,
Ada hari untuk setiap hati.
Tenang mata memandang..
Walau beribu beban di bahu ini,
Sekali sahaja ku lihat dirimu,
Hatiku rasa senang,
Ringan seringan senyummu sayang,
Selalulah ada di dalam hidupku,
Kerana bila dahan ku hampir patah,
Hanya pandang matamu,
Ku tahu mata itu turut memandang,
Seperti biasa..
Dari mata turun.. ke hati.
Dari hati ingin setubuh denganmu.
Friday, December 7, 2012
MELANGGAR JANJI
Dalam kegelapan cahaya muncul,
Di bawah sinar yang tertelan embun,
Hilang pedoman,
Janji pejuang,
Mencipta renungan,
Indah-indah semalam.
Hendak aku teruskan,
Di depan ada halangan,
Katanya..
Sila beri laluan.
Dengan gaya tanpa goyah,
Ketua berazam teruskan pelayaran,
Dikata semula..
Sila beri laluan.
Sembilan kali,
Sembilan kali diulang,
Kata kesepuluh berkumandang di corong suara,
Di sini rumah api.
Terkelu ombak,
Bunyi naga disenyapkan,
Beralih; sembilan kali haluan,
Prinsip jiwa terkadang silap,
Melanggar janji sudah perlu kini.
Di bawah sinar yang tertelan embun,
Hilang pedoman,
Janji pejuang,
Mencipta renungan,
Indah-indah semalam.
Hendak aku teruskan,
Di depan ada halangan,
Katanya..
Sila beri laluan.
Dengan gaya tanpa goyah,
Ketua berazam teruskan pelayaran,
Dikata semula..
Sila beri laluan.
Sembilan kali,
Sembilan kali diulang,
Kata kesepuluh berkumandang di corong suara,
Di sini rumah api.
Terkelu ombak,
Bunyi naga disenyapkan,
Beralih; sembilan kali haluan,
Prinsip jiwa terkadang silap,
Melanggar janji sudah perlu kini.
Subscribe to:
Posts (Atom)







