Wednesday, December 23, 2020

NILAI SEBUAH CINTA

...bukankah pelukan juga salah satu cara untuk kita menikmati cinta...?

Pasti tubuh disalah erti.

Ketika berdepan dengan dilema yang merobek hati dan air mata pula tidak mampu membasahi pipi kering, kehangatan tubuhmu mampu meredai kemarau panjang.

Ketika suatu keputusan perit perlu ditekadkan, pelukanmu mampu mendirikan keyakinan bahawa dahan yang patah akan bercambah kembali.

Ah tidak...pasti tubuh telah disalah erti. Melainkan ia tubuh yang dimiliki.

Kenapa nilai cintaku berlainan.

Tuesday, December 22, 2020

TANPA HARGA

Diam kurenung luka ini

betapa dalamnya hingga kesima

waktunya telah tiba

tanpa bertanya.

Saturday, December 19, 2020

KADANGKADANG

Kadangkadang 

datang rindu menebuk dada

agar terdedah isi luahnya

tapi angin membawa lalu

pergi tanpa sempat dirakami.

Wednesday, December 9, 2020

BENDABENDATERLARANG

Kenapa juga haiwan boleh hidup tanpa duit

begitupun burung

serangga

dan makluk dalam air

serta kuman 

kenapa

kerana mereka guna nyawa untuk hidup.

Tuesday, December 8, 2020

PERLAHANLAHAN

Bagaimama kalau titis hujan jatuh perlahan di batu sungai

berapa kiranya

atau tidaklah dicakna seisi kota kerana ada payung warna jingga.

GAJAHDUDUK

Salahkah gajah berada di pavilion

yang mu masuk di belantara dan cipta gagasan sandiwira

tempat mainan anakanak gajah dahulu

ia hanya lihat patungpatung telanjang berbaju jenama

intai pucukpucuk herba dahulunya jadi kudapannya

gajah langgar peraturan siap disusun di lorong berhawa dingin

itu bagai lalang baginya

kaumarah kenapa?