Tuesday, December 10, 2019

MALAM CINTA

...entah mengapa
sekali lagi hatiku mula cinta
sedangkan engkau tahu
selama ini kita telah
mengukir kenangan sama

hariku semalam betapa indah
pagi ini bertambah ria
riang gembira
apakah kerana
mata jiwa?

seringkali kita menatap asmara
walau sejauh alam semesta
kita tetap bersama
mencatat karya dunia
semoga sentiasa mekar bahagia.

No comments:

Post a Comment