Pandangan mata selalu tertipu
tapi hatiku menyatakan benar
terpukauku seketika
terlihat imej yang tidak mungkin dilupa
begitu istimewa
hingga mataku berkedip-kedip
sungguh hatiku terpesona
bersatu hati denganmu
betapa indah ruas pandangan
bak lebur seketika
lemah longlai tubuh
terlalu indah imej itu dalam mataku
akanku jaga
simpan rapi dalam memori
biar masa berdetik lalu
dia tetap ada
umpama hadiah menjelang natal
istimewa pada pandangan mata.
~ Ave
...busur-Ku, Kutaruh di awan, supaya itu menjadi tanda perjanjian antara Aku dan bumi. ~ Kejadian 9:13
Wednesday, December 11, 2019
Tuesday, December 10, 2019
TIDUR TANPA HEMPEDU
...mahkotamu kupandang
di sanalah kehendakku
tapak menyatu tubuh cinta
berasaskan kasih sayang
dalam diam
ratu jadi ibu
mahkotamu kusayang
kubelai selembut sutera
tatkala
ia mengalirkan madu
aku membantumu tidur tanpa
hempedu.
di sanalah kehendakku
tapak menyatu tubuh cinta
berasaskan kasih sayang
dalam diam
ratu jadi ibu
mahkotamu kusayang
kubelai selembut sutera
tatkala
ia mengalirkan madu
aku membantumu tidur tanpa
hempedu.
MALAM CINTA
...entah mengapa
sekali lagi hatiku mula cinta
sedangkan engkau tahu
selama ini kita telah
mengukir kenangan sama
hariku semalam betapa indah
pagi ini bertambah ria
riang gembira
apakah kerana
mata jiwa?
seringkali kita menatap asmara
walau sejauh alam semesta
kita tetap bersama
mencatat karya dunia
semoga sentiasa mekar bahagia.
sekali lagi hatiku mula cinta
sedangkan engkau tahu
selama ini kita telah
mengukir kenangan sama
hariku semalam betapa indah
pagi ini bertambah ria
riang gembira
apakah kerana
mata jiwa?
seringkali kita menatap asmara
walau sejauh alam semesta
kita tetap bersama
mencatat karya dunia
semoga sentiasa mekar bahagia.
Wednesday, December 4, 2019
RUANG MIMPI
Aku tersenyum bila mengenangkanmu
wajah yang tenang
penuh pengertian buatku terpesona
sejak kenalimu tiap ruang mindaku ada kamu
di setiap rajukmu
buatku semakin sayang padamu
kerana kutahu itu maknanya
aku ada dalam hatimu
waktu ini kutahu kaubergumul dengan masalah
maaf aku tak dapat berbuat apa
namun di setiap doaku kusebut namamu
moga termakbul semuanya seperti yang kauinginkan
kita tak dapat bersama
kerana jarak
dan waktu
hanya berharap di ruang mimpi.
~ Ave
wajah yang tenang
penuh pengertian buatku terpesona
sejak kenalimu tiap ruang mindaku ada kamu
di setiap rajukmu
buatku semakin sayang padamu
kerana kutahu itu maknanya
aku ada dalam hatimu
waktu ini kutahu kaubergumul dengan masalah
maaf aku tak dapat berbuat apa
namun di setiap doaku kusebut namamu
moga termakbul semuanya seperti yang kauinginkan
kita tak dapat bersama
kerana jarak
dan waktu
hanya berharap di ruang mimpi.
~ Ave
Subscribe to:
Posts (Atom)