Tuesday, March 24, 2015

CARI DAN SOKONGLAH

Cari
dan sokonglah
bakal pemimpin yang pernah
bermula dari bawah
yakni kesusahan,
maka
empati beliau akan lebih hemah
wawasan beliau
akan lebih bererti.


Cari dan sokonglah...

BUKAN WAKTUNYA

Usah berkata tentang bisnes pada aku
aku telah lama tahu bagaimana
untuk kaya;
Cuma kini bukan waktunya...

UBAH!

Mereka merancang untuk turun
nyata gagal
semuanya NAIK!

Maka,
berubahlah kita.


Dikata
hanya yang berjualan RM500,000
sahaja dipaksa
tapi rokok seludup pun telah naik harga.

Maka,
berubahlah kita. UBAH!

SEMBILAN PULUH SEN

Bosan dari malam
pagi kunekadkan diri
hari ini aku
bawa diri


selesai sahaja
siapi diri
kupicu kunci Axia biru
ke Mega Long aku

dalam hati mahu manjai diri
pemulanya rambut
aku duduk pada kerusi empuk
segarnya rasa saraf di kepala dibelai keras

siap dan aku bayar
dua puluh lima ringgit
sahaja
berkerut dahiku; bukankah bulan lalu dua puluh?

tidak kisah.
aku kemudian ke lot kuku
meriasi kuku memang kelaziman
agar sihat dipandang

siap dan aku bayar
lima belas ringgit
sahaja
berkerut lagi dahiku; bukankah bulan lalu sepuluh?

semakin ambil kisah.
pada tengahari yang tidak terasa bahang suria
perutku mulai goyang
aku singgah di KFC, weh... makan ayam via Snack Plate

kenyang... dan aku bayar, lagi
empat belas ringgit dan sembilan puluh sen
sahaja
berkerut lagi dahiku; aku pesan Dinner Platekah tadi?

tidak apa,
untung badan makan
"Window Shopping" aku layan
tiba-tiba... aku mahu kencing

tercegat di depan pintu
senyum makcik indah berseni
terpampang jelas dan nyata;
dua ringgit sahaja untuk masuk tandas!

Matilah!
semakin aku geram
nasib baik aku tidak menahan
masuk dulu nantilah bayar ujarku

sambil duduk
aku berkira-kira
lupus sudah lima puluh enam ringgit
dan sembilan puluh sen akibat bosan.

Saturday, March 21, 2015

SIAPA SANGKA

Siapa sangka
dahulu benar kita lawan komunis
hari ini
pada zaman yang kau katakan maju,
kartunis boleh mengubah dunia!
Aku masih tertanya...
kenapa?

DULU KAU PERGI

Dulu kau pergi
terkapai aku seorang mencari
erti...
kini bila telah kau kecapi
betapa bezanya langit dan bumi.

KASUT MERAH

Kasut merah aku lihat
semakin kecil
nampaknya dia sudah besar dan panjang...
cepatnya masa berlalu.

KENAPA

Kenapa barat lebih maju berbanding kita? Kerana mereka menilai kesilapan kita.
Bagaimana? Alam menentukannya...
Kita lebih dulu hidup pada hari ini, sedangkan mereka lewat sehari.
Kita siang pada 10 haribulan manakala mereka masih malam 9 haribulan.

KETERLALUAN

Hijaunya semakin pudar
berteduh di bawah pohon teguh
bersamaku…
lari dari keterikan matahari
seperti mahu melecur isi-isi di badan ini

para rumput yang menjalar
dari hari ke hari
kecut,
apakah tidak mampu ia bertahan lagi?
pada musim keterlaluan panasnya ini
“Amin…” jerit ibuku. “mari… minum dulu…” sambungnya lagi
aku bergegas bagai mahu berlari
namun aku juga tak mampu menebas sepi
parang kubiarkan sendiri
sarung di kepala kutarik selembut hati dan pergi.

HAMPIR EMPAT PULUH

Berkatamu aku sepi
dunia kau damba menyampaikan rindu
laut menjadi saksi titis peluhmu
yang meresap di hatimu
katamu suara ini...
bayang membayangi tiap langkah sang kaki
faham akan aku maksudmu...


Setinggi pun Kinabalu
telah kudaki
seluas dan dalamnya lautan
pernah aku harungi
jauh sudah kita melangkah
telah hampir empat puluh tahun
namun hatiku
itu yang belum kutahu
adakah rindu ini
tanda cinta yang selalu kutunggu.

SEJATI

Lelaki sejati
adalah lelaki yang memandu pesawat pejuang;
Wanita sejati pula
beranak sampai 12 kali.

PUISI PILIHAN DI NEW SABAH TIMES - DI KUBUR KUMEMBISU