Monday, October 20, 2014

KEPUTUSAN

*** BAB 1 ***

...pagi itu,
Aku tersesat di bangunan baharu. Dalam hati, mengeluh... "Hmm... salah tingkat." Memang beginilah orang hulu bila datang ke hilir kota, Putrajaya.

Bergegas aku turun ke bawah. Dari tingkat lima, ku tekan punat lif bernombor satu. Tidak sempat pintu lif tertutup... gadis bertudung merah jambu menahan ia dan terbukalah semula. Tersentak hatiku. Wajahnya cukup menawan. Gadis Melayu terakhir bisikku.

Tidak dapat aku berkata. Hati bergelora ingin bertanya, "Hendak ke mana?" Tapi aku malu. Lantas tinggal hanya kumenghidu harum wanginya. Dalam hati masih tertanya... siapa dia.

...tengahari itu,
Di kala matahari tepat di atas kepala, aku masih lagi bekerja. Tekun seperti biasa. Perutku telah mula menegur, "Krok... krek... krek..." Malas sungguh aku makan. Prosesnya terlalu leceh bagiku.

Mengidam aku masakan, ketam masak maggie. Semakin tinggi seleraku. Air liur sudah satu cawan rasanya ditelan. Akhirnya, aku kalah.

Bergegas aku turun ke bawah. Ku lihat dia sedang melayan di Gerai Puteri Mahkota. Segera ku laungkan kepadanya, "Maggie kari ketam!" Dia hanya senyum.

...petang itu,
Berdua kami duduk bersebelahan. Dia di kananku. Di bangku itu hanya duduk bersahaja. Tiada bersentuhan.

Cerita kami seperti bulan yang terang pada senja Sabtu. Kaki mula kaku, "Mari jalan-jalan." Ajakku dengan nada romantis. Dia hanya senyum.

Kami menuju ke arah bulan, matahari terbenam di belakang. Bayangkan. Masih segar di ingatan, betapa bulan pada petang itu lebih kami idamkan. Dalam bualan, "Esok, matahari akan terbenam lagi. Bulan belum tentu ada lagi." Tegasku kepada kekasih hati.

...malam itu,
Aku terasa sepi. Bosan dan tidak terasa hendak melakukan apa-apa. Ke laut, aku malas... ke darat, sungguh kepenatan. Aku pasti bukan hanya aku seorang yang pernah rasa begini. Pasti juga ada yang sama pada malam itu.

Lalu ku bawa langkah ini ke belakang rumah. Bergelap aku seorang. Ku gores mancis ini dan membara sudah peneman rasa, Dunhill.

Waktu tadi telah hampir tengah malam. Sedang aku melamun entah apa, terdengar dayu bisikan. Seram... seorang ku di rumah, kalaulah hantu. Ku perhati pokok mangga itu, ku amati tiap daun-daun dan dahan-dahan, kalaulah ada yang putih bertenggek-tenggek.

...subuh itu,
Terbuka luas mataku. Hendakku tidur lagi, tetapi lima kali ku cuba lelapkan mata, mata terus mahu terbuka. Jam rasanya belum pun pukul tiga.

Perlahan ku bangkitkan tubuh dan menuju ke jamban. Ku panggil jamban kerana ia ada di luar rumah. Sejurus selepas menjirus, teraba-raba hati ini. "Mahu buat apa ya?" Bisikku.

Lalu ku bawa langkah ini ke belakang rumah. Bergelap aku seorang. Ku gores mancis ini dan membara sudah peneman rasa, Dunhill. Seperti selalu...

...sekarang,
Setelah keputusan kulakukan, dalam tak sedar... kenangan yang ku kenangi tadi tidak dapat mengubah apa-apa.

Lalu, aku menyemat tali itu di leherku. Aku tolak kerusi plastik berwarna merah. Di bawah pokok mangga. Mungkin tiga minit yang mengejutkan. Akhirnya, aku mengalah pada kehidupan...

*** BAB 2 ***

Kejutan tadi bermain di minda ini. Terbayang akan kulakukan satu tindakan yang sangat mudah dan diakhiri dengan sebuah penyesalan.

Aku bersiap untuk ke tempat kerja. Setibaku di sana, "Hai, lambat hari ni," sindirnya sambil menyusun kerusi merah di gerainya. "Kerusi merah?" membisikku dalam hati kerana teringat pada peristiwa subuh tadi.

Kucurahi kasih sayang melalui sebuah senyum kepadanya. Aku menjawab, "Biasalah... jem!" Tanpa buang masa, walau dalam hati ini, ingin sekali aku duduk di sana dengannya selama mungkin.

Aku ke tingkat satu. Masuk ke ruang mejaku, duduk di kerusi empuk yang telah lama jadi tempatku bersandar. Pada waktu tulang belakangku rasa letih, kerusi inilah yang selalu kuharapkan.

Setelah memuji kerusi itu, aku mencari kerja tertangguh. "Tolonglah jangan ada yang datang menambah," bisikku dalam hati. "Selamat pagi Lee," sayu suara itu dari sebelah kiri pintu masuk ke pejabat ini. "Oh, engkau Roy, ya selamat pagi," jawabku. "Macam lemas ja kau Roy?" tambahku lagi.

"Ya Lee, nda dapat semalam!" guraunya. "Hahahahahaha...!" tersembur riang ketawa di pagi yang sunyi sepi tadi. Mungkin mayat di tanah perkuburan juga terbangun apabila berdua kami ketawa.

Tengahari mula menjelma. Ketekunanku bekerja membuat masa cepat sangat berlalu. Gurauan dan penumpuan terhadap penyelesaian segala masalah pejabat kami selesaikan bersama-sama.

Gosip sekali-sekala ada juga yang menghiburkan hati. Aku tak peduli, yang penting senang hati. Geram pun ada pada arahan yang seperti, "Sudah jatuh, ditimpa tangga."
Segera kumengidamkan lagi. Maggie kari ketam. Tapi hari ini malas hendakku kupas kulit tebal sang ketam. "Kalaulah si dia mengupaskannya untukku," berangan dalam fikiran, wajahnya yang menawan pasti comel ketika menyuapkan.

No comments:

Post a Comment