Sunday, March 30, 2014

TARIKAN CINTA

Oh...
sekali pandang mahu pandang lagi
kali ini kutatapi kalau boleh sampai berapi
biar jantung ini bagai berlari
aku mahu jatuh hati.

Oh...
namamu indah bagai wajahmu
mata berseri jinak-jinak merpati
mari duduklah di sini
dalam hati hanya dalam hati kuberani.


Saturday, March 29, 2014

GARIS MAWAR

Jika aku kaya...
akan kuberitahu jalannya
agar kamu turut serta.

Jika aku dilamun cinta...
cukuplah hanya dia dan aku
yang sudah tahu.

Jika musim bunga berlaku...
sampai hatiku menggaris sempadan untuk mawar merah
hanya untukku.

Friday, March 28, 2014

RINDUKANLAH

Terlalu banyak spekulasimu
Sehingga ragu hatiku
Hati ingin membatu
Tapi mata tetap mahu tahu.

Setelah lama kutunggu
Akhirnya dikau simpul satu igauan
Hampir ku tak mampu
Menahan pemergian dengan titis-titis tangisan.

Sudahlah itu...
Janganlah kamu berkata lagi
Seksa ini sudah cukup bagiku
Ribut yang melanda sudah takdir Ilahi.

Monday, March 17, 2014

ME CRY

Berlalu sudah...
hendak ku katakan tadi
usah kau tangisi tentang kekurangan duniawi
semua itu ciptaan dunia kapitalis,
usah kau risau tentang hidup dan mati
semua itu sudah takdir yang ditentukan Tuhan,
tapi cinta,
cinta yang hilang kerana bodohku...
buat airmataku menitis,
God, she made me cry...


Saturday, March 15, 2014

RELEVAN

Masihkah perlu ku menulis?
Padahal aku dipaksa mengetip punat http...
dasar diperbaharui setiap satu dekad
tapi minda masih di takuk tradisi
tidak ke mana,
sungguh aku yang kecewa.
Masihkah perlu ku bawa kuntum bunga?
Atau hanya MMS terus ke nombor dia...
lebih kekal, elegan dan relevan.


TEMUI

Cepatlah kau kutemui
hatiku sudah tercari-cari
sejak seminggu lalu
cinta dan rinduku ingin bertemu.


HARI RINDU

Selamat hari Rabu
selamat hari rindu
sambil-sambil memandu waktu itu kurindu,
bila waktu kau mengatakan aku cinta padamu...

Monday, March 10, 2014

JARANG-JARANG

Yang jarang berdoa kini mula bersujud
yang dahulu penuh emosi kini tinggal satu lagi
yang selalu pentingkan diri kini beralih kepada misteri,
di mana ia...
yang hilang akan ditemui
harapan jarang-jarang sama berdiri
kini ada di bumi.


LUKISAN

Milik siapakah lukis ini?
Hati itu sudahkah kekal akan jadi milikku?
Aku mencari indah di kala jadi dewasa,
banyak kali aku terseksa; putus cinta...
demi menjadi lukisan kasih,
untuk bersama mata cinta sejati.

Friday, March 7, 2014

MAHKAMAH

Bila hujan di tengahari
kebetulan waktu itu aku sedang menjemur
pasti aku terluka...
bila hakim telah diperkosa,
mengandung nanti anaknya akan jadi apa?


APABILA

Bukan remuk ku rasa
betul aku kata
berbaring di tengah raya
rata risiko patah tapi ku cuba dan berjaya pada waktunya.


Thursday, March 6, 2014

CINTA

C... omelnya mata dinda
I... ngin s'lamanya ditenung sampai gila
N... amun dinda bertoleh bagai biasa
T... erhenti lamunanku bila sedar kau tak mahu aku yang punya,
A... duhai cinta.

BUNGA

Tanda suka ada pada bunga
tanda luka kupetik kelopak ia,
lara rindu tercari kuntum indah
hendak memetik lalu berlari ke aras lima.

KALAULAH

Kalaulah sinar semalam bersinar lagi
siang sudah tidak perlu ku tunggu-tunggu,
kalaulah masa yang lalu boleh ku putar sekali
mana pula waktu patut ku tunggu cintaku?

SEMIMPI

Jauhpun mana laut berapi
jauh lagi si permaisuri,
dalam manapun cinta bersemi
dalam lagi peluk semimpi.

SERI

Mampukah kutangkis mimpi yang ngeri
menangis dalam tak sedar diri
sudikah malam bersauh Seri,
agar siang tidak muncul kembali.

NURANI

Akan kutulis nukilan hati
bila hati mahu mengerti,
akan kuterus bilang seperti...
jinak-jinak si burung merpati.

Wednesday, March 5, 2014

NEVER


SEPARUH MATI

Kenapa kau halang aku? Mampukah kau tahan aku...
untuk suka pada si dia
bila-bila hatiku suka.

Kakulah engkau...
telah hatiku suka pada si dia
dan harus kau tahu,
dan yakin padaku
yang bila suka tidak harus kumiliki...
walau hati,
sudah separuh mati.




KISAH KITA

Langit menjadi saksi cinta kita
juga angin yang lalu
jadi bukti kenangan syahdu
kisah kita...
tentang aku, kau dan dia.


Saturday, March 1, 2014

JATUH CINTA

Mencarinya di tepi desa,
pasir putih telah ada jejak para cinta
benih cinta sedang ku cari
belum ada.

Hati ke gunung segagah pahlawan
di bawahnya aku cari lagi,
pagi suhu nyaman dan damai
hatiku rasa...

Hatiku jatuh suka,
dengan hanya pandang yang pertama
ku luah...
luah hingga ternganga,
pula dia tidak jatuh cinta.
Buah tidak berbuah...


MAHU BERCINTA

Mahu berlagu tapi tiada lagu
mahu berkata tapi tanpa kata
mahu bercinta,
tapi baharu putus cinta...