Monday, August 29, 2022

GERHANA SEKETIKA

Apa khabar bulan
aku dengar bisik angin 
mengatakan
yang kau akan pudar sesiang nanti

kau ke mana bulan
aku masih di bawah rimbun hijau
pergi dari terik sirna mata hati
yang tepu kasih membahang

aku tunggu kau bulan
kembali dengan ragam perawan
meragakan erti senyuman
seperti semalam.


Credit Photo: https://www.classicperform.com/



Sunday, August 21, 2022

MAKAN DIRI

Kali ini,
biarlah aku terluka.

Ketepikan baju di dadamu
dan percayakah engkau kepadaku?
Kerana di situ ada nada terpendam.

Bukan sesuatu perlu dibicarakan
tetapi ditunjukkan
tidak semuanya mengira gembira
cukup dimengerti.

Wednesday, August 17, 2022

LAMA

Bersama;
menutup hiba dengan air mata
bersama menaruh harapan dengan ketawa
perantaranya bukan semudah yang disangka
malah buaya lama ternganga
bersama masa.

MAKIN DIAM

Kita memiliki sajak tersendiri, bukan?
cumanya mampukah ia ditulis setia
kerana seringkali bulan dipanggil
dan pasti matahari lawannya
juga hujan dan air mata
cinta bersama benci
kau jadi aku
sendiri
sepi
tua.