Saturday, November 23, 2019

BERBUNGA SUKA


BUKAN DI LANGIT

...bintangku bukan di langit tapi di hatiku dan dalam bayangan kenangan...

~ Ave

HATIKU LEBUR

...aku memetik lagu pada tali gitarku
dan menyanyi sekuat hatiku
biar tiada siapa yang tahu...

...oh hatiku lebur ke lautan..

Bagai tiada harapan lagi aku di sini....

TAMPAN SUNGGUH

Sungguh tampan kamu hari ini
memandangmu tak jemu-jemu
inginku sentuh rambut ikalmu
senyummu menambah seri wajah
inginku habiskan waktu berdua
menatap wajahmu sepuas hatiku
tapi apakan daya
jarak dan waktu memisahkan kita
di sini kau bukan milikku seorang
di sana pasti dia selalu ada untukmu
yang pasti di hatiku selalu ada kamu.

~ Ave

MASA BERLALU PERGI

Masa
berlalu pergi
hari berubah pasti
yang indah tak akan pergi
selagi
sayang itu ada
jika tiada
sayang itu
mungkin bukan denganmu lagi
bukan tercipta yang baru
tapi kekal setia
yang ada disampingmu
tak akan pergi
hingga ke hujung nyawa.

~ Ave

RAMPAS

Dalam hatiku teringat gelagat lucumu
dihendap cinderella
saat kau berasmara dengannya
kau terkejut
dan tak tahu nak buat apa
kerana terlalu sayang
kau cuba sembunyikannya
agar aku tak dapat melihat

walaupun ada amarah dalam hatiku
kau tetap buatku geli hati
melihat gelagatmu waktu itu
kau terlalu jujur
menyatakan sukar bagimu
melepaskannya
sepertiku juga sukar melepaskanmu

cuma aku harap itu tak pernah berlaku
apabila aku dekat denganmu
kerana cinderella itu terlalu sabar
dan tidak mampu merampas kamu daripadanya.

~ Ave

HANYA RINDU

Aku rindu
Rindu dengan gurauan
Rindu dengan senyuman
Rindu dengan kata-kata
Rindu dengan sentuhan
Rindu dengan wajah manjamu

Di mana menyepi dirimu
Tertanya aku dalam sedih
Tercari aku dalam keliru
Berfikir aku
Marah
Merajuk
Cemburu lagi?

Sepimu buatku rindu
Lenaku terganggu
Mindaku terusik
Menanti dan terus menanti jawabnya
Ke mana hilangnya dirimu
Mungkinkah sudah dibuai mimpi?
Aku rindu padamu...

~ Ave

APA MIMPI

...rasanya penuh debar
bagaikan rindu panjang tak berhujung
dalam hati tergapai tapi realiti cukup terkapai

ketika ini
engkau tidur bagaimana
apa mimpi
atau juga sama rindu

Sayang...
aku rindu serindunya
sebak mengingati wajahmu
kata-katamu dalam perbualan kita.

INGIN SEPERTI RATU

Ku renung diri ini lemah tak berdaya
Sebak sering menghantui
di mana silapnya tercari- cari aku
ke arah mana
ke kiri atau ke kanan
jika sesat apa terjadi?
kesal tak berguna
derai air mata penawar luka tak berdarah
selalu begini
fikirmu aku ini apa
semua hanya ingin di layani
kuberi yang terbaik buat mereka gembira
ke hulu ke hilir aku macam tunggul
bergerak mengikut kompas
jika salah hancurlah hidup
cuba mengerti aku juga ingin seperti ratu...

~ Ave

TEMPAT MENGADU

Dalam kekelaman malam
aku terjaga dikejutkan hujan
cahaya kilat dan detuman guntur
membuatku sukar terlelap lagi
aku jadi panik seketika
sendiri begini aku jadi lemas

ke mana tempat kumengadu
kutekup telinga dengan bantal
kutahan hati gelisah
kupeluk diri hilangkan resah
kutitip doa mohon perlindungan
agar tenang jiwaku ketika ini.

~ Ave

BOHONG

Kehidupan ini penuh teka teki
kejujuran sukar diukur dengan kata-kata
jika hari ini bicaramu penuh kebohongan
mungkin tiada siapa yang tahu
namun keraguan itu pasti ada
jika hari ini kebohongan itu berulang
usah kau tanya mengapa...

pasti ada hati yang terluka
kecewa biarpun tidak kelihatan
senyuman terukir hati menangis
mengapa?
kepura-puraan menusuk
luka itu mulai berdarah
kesakitan terasa
mataku terpejam menahan pedih
usah ditambah lagi luka ini
jujurlah padaku...

~ Ave

MILIKMU

Senja hening sendiri aku
mengingatkan kata-kata indah darimu
terbayang wajah manja dalam pelukan
begitu nyaman tanpa sedar
terlena dan mungkin sedang diulit mimpi
tenang tanpa rasa ragu lagi
yang pasti itu milikmu...

~ Ave

Thursday, November 14, 2019

SEMENTARA

Indahnya hari-hari tanpa rasa takut
bicara tanpa pembohongan
kasih disulami kerinduan yang nyata
tiada halangan dan keraguan
manis bicaramu
bukan pura-pura

di dasar hati mulai berasa hambar
semakin manis kata-kata itu
semakin terasa kepahitannya
tiada kata yang buatku terhibur
hanya ragu dan ingin pergi
biar semua lenyap kisah pembohongan ini

inginku nyatakan aku hanya ingin teman
tapi mampukah aku berhadapan
hari-hariku pasti berbeza
bicara juga pasti berubah
tapi bila difikir ada baiknya
kerana kisah ini hanya sementara.

~ Ave