Saturday, June 30, 2012

DAN MENYATAKAN

Image DetailDAN MENYATAKAN

Hari ini aku faham,
Maksud tersirat sebuah kemaafan.

Lama dahulu aku maafkan,
Juga pernah aku dimaafkan,
Ku hanya lihat maaf yang tersurat,
Yang disiratkan amat jauh,
Ku tinggalkan.

Hari ini ku mula mohon kembali,
Mohon maaf sekali lagi,
Maafkan aku,
Janganlah pergi.

Menuju depan kau toleh belakang,
Dan menyatakan,
Kemaafan itu diiringi satu keyakinan,
Ada maaf tanpa kepastian,
Ada maaf harap keyakinan,
Ada maaf...
Untukmu sayang,
Tapi tiada lagi.. keyakinan yang ku pasti.

Tiup halus kapas yang terbang,
Bunga-bunga riang berterbangan,
Ada jatuh di depan sana,
Pasti yang jauh,
Jatuh jauh kembara.

Tanpa kamu,
Hidup di tempat baharu.

Hari ini aku faham...
Maaf dengan keyakinan,
Akan kekal engkau di sini,
Maaf tanpa ia,
Kau pergi tanpa lambaian.

SAMPINGKU

SAMPINGKU

Dekat ada bunga rupawan,
Depan sana tenggelam cahaya tenang,
Di suatu petang,
Mungkin di saat mentari mahu menyulam.

Antara dua di tengah lautan tenang,
Dalam hidupan ikan berenang-renang,
Nanti masa mahu pergi memancing,
Seorang,
Tidak jauh dari villa kita.

Apapun ada mata memandang,
Tiada perasan siapa di kananku,
Yang dilihat akan dilihat,
Dalam hati siapa yang tahu,
Sampingku...
Lagi rupawan,
Tanpa dia,
Ceritaku tiada penamat.

Sayang disayang,
Ku nyanyi berdayu,
Secawan kopi ku hirup pemanis suara,
Bibir ku cumbu menghangatkan rasa.

Cantik matamu,
Seksi bibirmu,
Telinga lembut ku ucap "I Love You",
Bila sayang jadi cinta,
Cinta tak mungkin jadi sayang,
Tanpa engkau...
Di sampingku.

Friday, June 29, 2012

HANYA SEMENTARA

Image DetailHANYA SEMENTARA

Walau hanya ku berlabuh untuk menikmati alam,
Setelah lama layarku dihembus oleh sang bayu,
Hari ini aku labuh hampir sebuah pulau yang nyaman,
Tiada dalam ingatan,
Melainkan hendak ku berus,
Serupa taman.

Ku bersyukur melalui ini,
Hanya sementara,
Ku cuba tidak melukakan,
Masa silam penuh kehilangan,
Kini ku abadikan jadi sebuah lukisan,
Atas sauh aku berpangku,
Teringat hatiku saat manja denganmu,
Mengusik mata,
Berbisik sayang...


Hanya sementara,
Aku lakukan seperti biasa,
Beri sayang beri senyuman,
Bagi panduan untuk hidup beriman,
Payah juga mengawal keadaan,
Bagai cuaca kadang menimpa serang.

Lautan,
Esok pasti ku teruskan perjalanan,
Bukan esok,
Mungkin lusa akan datang,
Bukan lusa,
Tunggu pasti datang,
Tidak datang,
Mungkin aku telah bertunang,
Dengan dia di pulau yang aman.

Hidup untuk berjuang,
Di mana pun aku ditakdirkan.

MISSED CALL

Image DetailSebaris nombor aku tanyakan,
Untuk menambah seri hidupku,
Ku nanti jawapan,
Kau kata nanti,
Ku sangkakan tidak ku cari sendiri.

Peluang ada lalu semata,
Teman sebelah diusik suara,
Missed call untuknya,
Belum aku punya,
Langkah dua ku mula minta.

Missed call...
Tersirat kata suatu makna,
Miss untuk rindu,
Call panggillah namaku,
Dua missed calls dua rindu,
Dua kali sebut namanya.


Sembilan ratus tujuh puluh tiga missed calls,
Sembilan ratus tujuh puluh tiga rindu,
Sembilan ratus tujuh puluh tiga kali sebut namanya.

CANTUM SEKATA

CANTUM SEKATA

Bintang hadir bersinar indah,
Ku cuba kira satu demi satu,
Satu..
Dua..
Tiga..
Sampaiku tersilap kira.

Cuba lagi tetapi semangat hati,
Tiada lagi,
Ku biarkan,
Biar ia berkelip mewah,
Duduk tadi,
Kini aku baring,
Menikmati malam yang gelap gelita,
Ku simpulkan titik antara bintang,
Ku ukir nama,
Kata demi kata,
Bintang neon menyerlah aura.

Ada masa langit tidak ku hiraukan,
Bila sendiri,
Dia sentiasa ada,
Perhati aku dengan keluasan di angkasa,
Tulisan cina,
Senang hendak dikata,
Takdir hendak ku cantum sekata,
Dahulu, kini dan akan datang..
Untuk apa,
Kenapa.

Thursday, June 28, 2012

KEMBALI NANTI

KEMBALI NANTI

Wajah manis suka ku pandang,
Senyum si nakal,
Buat hati terpukau,
Bersahaja..
Matahari menanti engkau,
Di pagi mendung gerhana suatu asmara.

Selamat pagi madu bergula,
Tidak lama kita bersua,
Esok nanti kau kembali ke sana,
Tempat ilmu ku doakan kau bahagia.

Ingatlah kuntum merah membara,
Selitkan ia di dalam buku itu,
Tentang kita,
Saat mata berpandang mata,
Senyum rahsia,
Dari penjuru halus nurani.

Sesal tidak ku bawa engkau melihat gunung,
Di jalan berdebu,
Ku lihat aliran indah menunggu,
Bayangkan engkau ku siram cinta,
Serlah keayuanmu,
Di kampung kita...

Kembali nanti,
Jangan kau tenung aku,
Peluk aku...

NURANI

















http://www.youtube.com/watch?v=J1JlSEl482o&feature=related

Tuesday, June 26, 2012

MALAIKAT SYURGA

Image DetailMALAIKAT SYURGA

Segala perkara ada hilangnya,
Seram terasa jika kehilangan hati,
Hidup depan tidak berada lagi,
Terhuyung-hayang,
Tidak tahu wujudnya dunia.

Jika ini puisi yang akhir,
Jangan dicari dikenang sahaja,
Telah ku usaha untuk terus berjuang,
Kini masa aku mengaku kalah,
Undur diri..

Bersemadilah engkau di pusara bintang,
Tiada lagi kasih sayang yang abadi,
Hannah..
Ke bumi diselubungi misteri,
Berganti zaman,
Tumbuhlah wahai bunga yang indah,
Rumput di muka,
Dia pergi bertemu syurga,
Ku doakan roh yang ada didampingi berkat,
Malaikat syurga...
Perhatikan dia.

HAIRUNISA SEHINGGA KINI

Image Detail
HAIRUNISA SEHINGGA KINI

Sembur pewangi harum menyeri,
Siap mandi pada mula hari,
Kau bersiap,
Aku turut melihat,
Begini rupanya jika hidup berdua.

Sambil menyemat butang baju penamat,
Kau peluk aku,
Kau hembus nafasmu,
Dengan penuh berahi,
Hairunisa sehingga kini...

Hidup laksana sang rama-rama,
Mula dengan paras wajah gelisah,
Setelah masa mematangkan minda,
Terserlah indah jadi luar biasa,
Bukan biasa,
Seperti dahulu.

Kekal dan sehingga kini,
Kau hairunisa,
Warna hidupku,
Berbanyak warna pasti ada ku tak suka,
Walau itu,
Bukan penutup cinta,
Hairunisa sehingga kini.

Monday, June 25, 2012

KEHENDAKMU

KEHENDAKMU

Baiklah,
Muncul soalan tanpa jawapan,
Jawapan salah aku disalahkan,
Tepat nanti apa gunanya,
Jika terus dilatih tubi.

Ku teruskan perjalanan ini,
Menuju ke arah dunia selatan,
Terkelu sejenak di suatu simpangan,
Melihat kanan,
Sungai mengalir tenang.

Ku lihat burung mandi berteman,
Teratai merah ada di permukaan,
Sang tupai melompat dari dahan ke dahan,
Cengkerik memanggil,
Terjunlah kawan.

Baiklah..
Ku tutup bicara tali leher ku tanggalkan,
Tali sepatu ku buka dan simpulkan,
Ku turut kehendak dirinya,
Kehendakmu,
Kalau itu kehendakmu.

Dari tebing batu berdarah,
Ku bentang diri,
Tangan ku luruskan terus ke utara,
Dalam hati ku doakan,
Segala nyaman,
Selesai tinggal nanti di pertengahan.


Sunday, June 24, 2012

PART OF MY LIFE

PART OF MY LIFE

Tadi ku mohon satu tindakan,
Berikan aku cinta sehari satu,
Tidak dua tiada tiga,
Satu...
Hanya satu,
Dalam dua puluh empat jam.

Tidakkah ada sesaat untukku,
Bukan sesaat,
Seminit sudah mencukupi,
Minit yang lain,
Kau berikanlah pada tanggungjawab itu,
Yang kau kata,
Padaku selepas itu,
Selepas kau dinikahi.

Kau berkata,
You are no longer part of my life...
Tersentak hatiku,
Aku guraukan,
Coming soon..

Bagaimana boleh kau kata begitu..
Aku tahu.
Aku sedia tahu,
Semua ini akan berlaku.

Dengan keazaman nekad peribadi,
Bunga yang mekar pasti layu lagi,
Bila layu selalu dihindari,
Yang mekar sentiasa dicari,
Mungkin aku layu,
Aku layu kerana kamu,
Beri pancaran kepada yang sedang mekar,
Kau tak tahu,
Kerana aku tak memberitahu.

You are my life... not part of my life.

MAZMUR HARAPAN


Image DetailMAZMUR HARAPAN

Di hening ini,
Aku bersama hatiku,
Menyanyikan ayat indah memuji Dia,
Sambil ku tunggu,
Tuah hujung loceng berbunyi,
Saat hari mahu tenggelam di ufuk sana.

Ku relakan takdir yang datang menduga,
Ada hari aku berdiri,
Ada hari aku tidak sempat menyepi,
Luangkan saat untuk bersama Tuhan,
Luangkan detik perawan silam,
Aku silangkan jari jemari,
Aku tunduk menyanyikan ia.

Kata demi kata,
Baris bertambah baris,
Mazmur harapan...
Mazmur penuh harapan.

Ku harapkan sesuatu yang kekal,
Ku harapkan indah berputik segar di alam.

"Kau gadisku,
Ku cinta padamu,
Selang masa kau ku rindu,
Petikan sayu,
Tanda kita berdua...
Jatuh.. Cinta."

Saturday, June 23, 2012

KE SANA DENGANMU


Image Detail

KE SANA DENGANMU

Ku mencari secebis senyum,
Payahkah diserahkan kepadaku..
Ku tenung sekilas matamu,
Payahkah dibuatkan comel melatah..
Ku impikan jalan denganmu,
Ke sana denganmu,
Walau tak tahu di mana tuju.

Jika sudi,
Mari...
Ke sana denganku,
Aku hanya mahu,
Ke sana denganmu.

Dalam laluan kita keluhkan,
Penat lelah mengharung kediaman,
Penat lelah mengharung kesukaan,
Penat lelah mengharung kedukaan.

Ke sana denganmu,
Itu kepuasanku,
Kita lihat awan yang tinggi,
Luas alam tidak terperi,
Kita amal rasa suasana,
Bercerita tentang pinang melaka.

Bagai pinang dibelah dua,
Serasi bersama,
Sebab itu ku mahu ke sana denganmu.
Dari lahir aku melewati,
Tolak pinggang kita himpun memori kasih.

Tuesday, June 19, 2012

JAI SUNG MA

JAI SUNG MA

Tak perlu ditanya,
Kenapa...
Segala yang berlaku,
Kerana hatiku.

Ia mengarahkan,
Aku hanya turut,
Ke laut akan ke laut,
Sampai di puncak akan sampai di puncak,
Aku turut,
Kerana hatiku mengarahkan,
Begitu...


Bila nanti kau lalu di jalan ini,
Ingatlah padaku,
Dengarkan semula,
Nyanyikan kembali,
Lagu yang pernah ku petik untukmu,
Dan sebelum aku pergi,
Sebagai lelaki yang dewasa,
Aku ingin memberitahu..

Sudah hilang,
Baru ku hargai,
Aku pasrah dengan apa yang ternyata,
Aku akan selalu,
Dan selalu...
Menurut hatiku,
Kerana dia mengarahkan aku,
Jika bukan hatiku,
Hatimu pun tiada lagi.

Saturday, June 16, 2012

KATAMU AKU MAHU


Image DetailKATAMU AKU MAHU

Mimpiku..
Semalam penat hingga terlena,
Ku rehatkan alamku,
Berdiam menuju ke alam maya,
Sangat indah melihat pemandangan,
Yang boleh ku pandang selama-lamanya.

Alangkah bertuah jika engkau jadi milikku,
Matamu ayu,
Tubuh menggeramkan aku,
Rambut kemas,
Senyum buat aku jadi kaku,
Dalam mimpi kita bertemu.

Ku kumpul hajat untuk bertemu masa,
Antara kau dan aku,
Duduk berbual di suatu petang,
Inginku bertanya padamu,
Sudikah engkau menjadi milik abadi...
Hadir di dalam setiap detik hidupku,
Berkasih kenal isi hati sendiri,
Terbang ke sana jua terbang ke mari,
Ku hadiahkan bunga bukan hanya sekuntum,
Ku cumbu hatimu,
Sampai malam bersatu,
Awan cemburu melihat aku,
Angin kencang berbuah mangga.

Tiada lagi.

Tiada lagi yang ku perlukan,
Bila engkau sudah menjadi milikku,
Cinta tidak dicari lagi,
Bersama kita mengenal erti dunia,
Bila...
Katamu, 'Aku Mahu'.

Friday, June 15, 2012

DAHULU ADA

Image DetailDAHULU ADA

Bisik debunga yang hinggap di jendela,
Seperti pernah aku terlihat ia,
Perang lembut bagai sutera,
Halus ditiup sang angin yang gemalai.

Terdengar bisik dahulu,
Sambil kita bersatu suara,
Di depan bara kita menyanyi bersama,
Menghangatkan ruang,
Lagu indah cinta berkumandang di udara.

Kenangan lalu amat sukar dilupa,
Tersangat istimewa hanya rasa berdua,
Andai boleh dialami rasa,
Rasa sayang...
Mata bertentang masa.

Selamat ada,
Hangat terasa..
Hening bersama melodi yang sayu,
Keras dan tegas meluahkan cinta,
Kau hentak kaki kau petik jemari,
Memaku bicara,
Api mengilai meriah.

Dahulu ada...
Kini bagai tiada,
Laman yang kita bina tumbuh berlalang,
Rumah yang kita bina,
Dimakan waktu,
Separuh gelap disinari api,
Pada malam yang terang,
Ia terseksa.

Thursday, June 14, 2012

IA INDAH




Image Detail

IA INDAH

Rusa ke hulu tercari pucuk,
Hijau muda buat santapan pagi,
Hijau alam tersisip mentari pagi,
Petang ku nanti dengan hati yang lagi.

Jalan perlahan ku perhati aman,
Terasa nyaman bila bayu perlahan,
Dalam hati mencuit kenangan,
Dengan si dia,
Yang senyum buat hati berteman.

Bila indah,
Kumbang kuning senyum ku pandang,
Bila indah,
Seribu daun bagai melambai,
Ia indah...
Kerana dinda.

Tuesday, June 5, 2012

BIAR BERLALU

BIAR BERLALU

Memandu kembali ke tempat rehat,
Di mana lagi kalau bukan,
Ruang tamu ku,
Di rumah seperti selalu.

Ku lihat rumah-rumah indah,
Di perjalanan tadi,
Ada bertaman hijau yang nyaman,
Bunga berbunga,
Merah mekar ungu mengusik rasa.

Aku menanti,
Kunci ku juntai di pautan kelabu,
Suis ku nyalakan lampu malam yang malap,
Ku manjakan tubuh di sofa ini,
Lihat kemasan,
Yang belum berdebu.

Sambil tenangkan minda yang kusut,
Berbagai ragam di hari yang ini,
Ku serah jiwa hanya sendiri,
Sambil menanti..
Waktu bersamamu…
Tak tahu,
Ku mahu,
Engkau datang duduk menemankan,
Di sisi aku,
Tolong mainkan sebuah lagu.

Bisikan merdu petikan sayu,
Biar berlalu biar berlagu…
Bergema di ruang tamu kita,
Sampai malam,
Hati kita berdua.